Pengenalan Kepada Fizik
Bab 1 – Pengenalan Kepada Fizik (Introduction to Physics) 1.Apa itu Fizik? Perkataan Fizik (physics) berasal dari perkataan Greek ‘physikos’ yang bermakna ‘pengetahuan tentang alam semula jadi’. Tujuan pembelajaran fizik adalah untuk menjelaskan sifat asas alam semesta dengan menggunakan penjelasan yang paling mudah. Secara umum, fizik membantu kita untuk mencari jawapan kepada persoalan ‘mengapa (why)?’ dan ‘bagaimana (how)?’ berhubung dengan misteri-misteri alam semesta. Soalan ‘mengapa?’ memerlukan satu alasan atau sebab untuk diberikan. Soalan yang berbunyi ‘mengapa air mengalir?’ adalah lebih sukar untuk dijawab berbandingdengan soalan ‘bagaimana air mengalir?’. Jawapan kepada soalan ‘mengapa?’ selalunya bermula dengan perkataan ‘kerana (cause)’, atau ‘disebabkan oleh (due to)’. Soalan ‘bagaimana?’ memerlukan penjelasan cara fenomena itu berlaku. Sebagai contoh, ‘bagaimana komputer berfungsi?’ dan ‘bagaiman...